Thursday, August 26, 2010

RUJUKAN




Buku :
1. Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ; Oxford Fajar.

2. Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

3. Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

4.  Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid 
     dan Alam Belajar. Selangor . Oxford Fajar Sdn. Bhd.
5.  Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Pendidikan 
      Rendah Pengajian Tahun 4. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.     
     
   
Internet :

http://asnaldi.multiply.com/journal/item/5
http://teoripiaget.blogspot.com/
http://dian75.wordpress.com/2010/07/29/teori-behavioristisme-kognitif-dan-konstruktivisme-serta-implikasi-ketiga-teori-tersebut-dalam-pembelajaran/
http://www.docstoc.com/docs/21655218/Teori-Belajar-Kognitif
http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran
http://xpresiriau.com/artikel-tulisan-pendidikan/teori-pembelajaran-ausubel/

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapatmerangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piagetmemandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktifyang berkelakuan seperti saintismuda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

 Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehipengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melaluipersepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaranhendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empattahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikutumur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan danmenyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepadapengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajarmereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER




Seymour Jerome Bruner


Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.Beliau lebih dikenali sebagai J.Bruner. Beliau ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. 

PENDIDIKAN

Pada mulanya, Bruner bersekolah di sekolah umum. Pada tahun 1933 beliau lulus dari sekolah tinggi. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Duke University. Disana beliau mengambil jurusan psikologi. Pada tahun 1937 beliau mendapat gelaran AB. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat. 

PENCAPAIAN

Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian. Antaranya adalah, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.


MAKLUMAT TEORI


Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan,teori-teori pembelajaran, dan proses pengajaran. salah satu hasil penulisannya yang terkenal adalah The Process of Education. Buku ini telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara. 


BELAJAR


Belajar merupakan kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti. selain itu, belajar turut memudahkan tindakan. Hal ini berkait rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti akan dapat menetapkan kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri.Hal ini kerana mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.


Belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Selain daripada itu, pengetahuab sedia ada murid juga merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti peraturan ini: 


1) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.


2) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.


3) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori. 


Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori: 
a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza)
b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori). 

Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun. 


Konsep boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:

· Konsep konjuntif


Kosep ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.


· Konsep disjuntif


Konsep ini pula merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain. 


· Konsep hubungan


Konsep ini merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud diantara bahagian-bahagian tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan ruang.

Selain itu Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Menurut beliau lagi, bahasa merupakan medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan. 


ASPEK TEORI PEMBELAJARAN


Bruner berpendapat bahawa empat aspek berikut merupakan aspek yang penting dalam teori Arahan:


1) kecenderungan terhadap pembelajaran


2)bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar


3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar


4) Sifat dari hadiah dan ganjaran. 



IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan: 
1) Teorem pembelajaran Matematik


Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik bagi mengkaji faktor-faktor yang terlibat dalam teori ini. Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:


· Teorem Pembinaan


Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami. 


· Teorem Tatatanda


Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.


· Teorem Kontras dan Variasi


Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor tersebut.


· Teorem Perhubungan


Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar. 

2) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik


Seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak. 

3) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran


Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.


· Prinsip motivasi


Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka. 


· Prinsip struktur


Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.


· Prinsip sekuen


Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.


· Prinsip peneguhan


Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan. 


4) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)


Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.


5) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif 


Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.


ANALISIS SWOT


Dalam menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sesuatu teori adalah dengan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT adalah sebuah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sesuatu teori yang dikemukakan. Analisis ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang menguntungkan dan tidak menguntungkan untuk mencapai tujuan tersebut. 


Analisis Swot juga telah dijalankan ke atas teori Burner. melalui analisis ini di dapati    teori ini turut mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. kekuatan yang jelas dapt dilihat dalam teori ini adalah ianya lebih berpusatkan kepada murid. Di mana teori ini memerlukan murid berfikir secara kritikal dalam menerima proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ianya dapat membantu murid-murid untuk melihat dari pelbagai perspektif yang berbeza, murid dapat menganalisis perbezaan dan persamaan yang telah dipelajari. 


Setelah mengkaji tentang kekuatan, mari lihat pula kelemahan yang tdrdapat dalam teori ini. kelemhan yang jelas dapat dikenal pasti adalah murid hanya akan mengunakan kehendak dan emosi dalam memastikan mereka mencapai objektif pelajaran tersebut. Namun begitu, sekiranya dilihat dari segi peluang, murid-murid akan belajar mempunyai pendirian dan keyakinan pada diri sendiri. Selain, ianya tidak menyekat pengetahuan murid tersebut. Ancaman yang mungkin dihadapi melaui teori ini adalah, apabila tenaga pengajar melebih-lebihkan murid yang lebih menonjol berbanding murid-murid yang lain. Maka, tanpa disedari wujud satu suasana bias di kalangan murid-murid.


Setelah mengkaji tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di dalam teori ini, satu kesimpulan dapat dibuat dimana guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.

SEJARAH TEORI KOGNITIF




Takrifan kognitif dapat dilihat dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 yang menerangkan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . proses ini boleh dianggap sebagai satu prosess atau fenomena yang tidak boleh dilihat secara langsung. 

Proses kognitif menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Dengan perkataan lain proses ini lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima akan diproses melalui beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Setelah itu, penyatuan maklumat yang terjadi akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru .Secara ringkasnya,teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. 

Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

Sebagai kesimpulannya,bagi melahirkan seorang individu yang aktif pemikirannya, seseorang perlulah memaksimumkan penggunaan minda mereka. Kita perlulah menggunakan sebaik mungkin anugerah kurniaan tuhan yang tak ternilai ini. Kita seharusnya menggunakan nikmat ini untuk membezakan antara yang hak dan batil. Selain itu, kita juga seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dengan menjanakan pemikiran yang aktif.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

 Robert Mills Gagne 






           Robert Mills Gagne  lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965). 


          Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne  ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."


Teori Pembelajaran Gagne



Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :





Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:


(a)Pembelajaran Isyarat
Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, “Selamatsejahtera, cikgu!”. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, “Bagus, Ali pandai !”.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e)Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g)Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.



    Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:





Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

·         -Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru.

·       -  Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

 

 
Copyright 2009 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree