Sunday, August 22, 2010

TEORI PEMBELAJARAN DAVID AUSUBEL

Biodata
David Ausubel
            David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York.  Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga  telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi   M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada 1973. Ausubel membuat keputusan untuk  bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.








Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripadapembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubeljuga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasukpentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai KonsepPenyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankanpenerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untukmenyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimalberlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakanstruktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikanpada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentangperkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awaljuga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jaditerdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang telah dipelajari.









Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

        Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

  •   Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi   (penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.  
  •  Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

8 comments:

Unknown said...

tqvm..amatlah bguna blog ini..keep it up..!!

normala sapuan said...

tq.....bnyak maklumat saya perolehi di sini.

Anonymous said...

tqvm,blog yang sgt menarik tetapi tolong keluarkan kartun2 itu kerana aku tidak dapat khusyuk membacanya..;-(

Anonymous said...

hu uh setuju kartun animasi tolong diilangin cos mengganggu konsentrasi saat membaca. tapi isi bacaannya bagus, bermanfaat banget. thank u

Anonymous said...

Banyak membantu... TQ...

Anonymous said...

eyaaa...memang bgs maklumat di bhg ni. tpi klu ada cnth aplikasi dalam p&p,lagi jelas kan??? takat ne kira umum lg.. namun baik sgt sbg rujukan...

Anonymous said...

kalau boleh bagi la contoh aplikasi teori ni dalam p&p..rasanya lagi jelas.

Kak Siti said...

Terima kasih atas maklumat...kartun tu agak mengganggu... :)

Post a Comment

 
Copyright 2009 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree